Program e-Kelas - Penciptaan Kandungan

30 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mei 2025, Program e-Kelas : Penciptaan Kandungan secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini adalah inisiatif Maxis eKelas Usahawan yang dijalankan di bawah kerjasama antara Maxis dan NADI. Program ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan tempatan dengan kemahiran digital, terutamanya dalam penciptaan kandungan bagi tujuan pemasaran dan penjenamaan dalam talian. Program ini berlangsung sekitar jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali